Atas sebab itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini amat berhati-hati pada setiap langkahnya. Tidak mahu membuat kesilapan yang sama hingga membuatkan dia tersungkur semula.

Apatah lagi membabitkan persoalan hati. Reen memilih untuk tidak berbicara tentang soal tersebut secara terbuka selepas ini.

Reen Rahim bersama lelaki yang diperca

Alasannya, dia tidak mahu topik berkenaan disalahertikan hingga dianggap sengaja mencari publisiti murahan. Mana tahu dalam diam-diam, ada yang kurang senang melihat kebahagiaannya bersama teman istimewanya itu 
“Cukup sekadar untuk memaklumkan yang kami masih berhubung rapat macam dulu. Jarak jauh bukan penghalang berkomunikasi. Zaman sekarang ini banyak kemudahan berkomunikasi.

“Kalau tiba-tiba rasa rindu, tekan sahaja telefon pintar untuk mendengar suara atau melihat wajahnya,” kata wanita berusia 31 tahun ini selesa merahsiakan cintanya buat sementara waktu. 

Menyembunyikan identiti kekasihnya cara terbaik untuk mengelak topik berkenaan daripada diperkatakan umum. Gerangan latar belakang keluarga, pekerjaan dan apa saja membabitkan lelaki itu perlu dirahsiakan seketika.

Bukan soal bimbang kekasihnya itu akan dirampas tetapi Reen tidak selesa jika dia mendedahkan perincian berkenaan. Jadi lebih baik dia berdiam diri.

“Saya sangat menjaga hubungan dengan orang sekeliling, terutama dalam hubungan cinta ini.

Bukan sebab dia ‘seseorang’ atau apa, tapi disebabkan perasaan melindungi itu sendiri.

“Jadi lebih baik saya rahsiakan nama, usia, pekerjaan atau apa saja yang membabitkan tentang dirinya buat masa sekarang. Kalau ada jodoh kami selepas ini, yang itu lain cerita,” ujarnya.

Reen Rahim

Pelakon Suri Ram ini kini sedang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh dengan seorang jejaka yang bekerja di London, United Kingdom. Hubungan mereka diketahui umum selepas Reen memuat naik gambar percutian bersama mereka tahun lalu.