Malah dia juga menafikan kemunculannya sekadar gimik bagi menggantikan tempat Jihan Muse selaku hos memandangkan isteri kepada Ungku Hariz itu sedang hamil.

“Mesti ramai yang tak tahu terutama generasi muda bahawa saya pernah bergelar penyanyi suatu masa dahulu.

“Jadi, inilah peluang untuk menonjolkan kemampuan saya dalam bidang nyanyian,” ujarnya kepada Utusan Online.

Raja Azura pernah mengeluarkan beberapa single seperti Hati Terkunci dan Antara Ia Dan Usah sekitar tahun 90-an. - UTUSAN ONLINE