Filem berlatar belakangkan tahun 1960-an itu menampilkan Ahmad Faizal memegang watak Syeikh iaitu seorang penjual buku agama di pelabuhan Pulau Pinang.

Menerusi filem tersebut, Ahmad Faizal melakonkan satu babak bersama Imuda dan Buntat yang dilakon Izwan Hafiz iaitu pelakon kanak-kanak terbaik Anugerah Seri Angkasa.

Penggambaran babak lakonan beliau yang mengambil masa sejam itu dilakukan di sekitar Bandar Warisan Taiping.

Menurut Ahmad Faizal, beliau menyokong penuh filem tersebut yang disifatkan sebagai filem yang sarat dengan pengajaran.

Malah katanya, penggambaran filem itu yang sepenuhnya dijalankan di negeri ini juga dilihat mampu membantu mempromosikan Perak kepada masyarakat luar.

“Saya amat meminati dunia filem dan menyokong filem Buntat kerana banyak memberi mesej dan pengajaran. Apatah lagi 100 peratus penggambaran filem ini dilakukan di Perak dan sedikit sebanyak membantu mempromosikan negeri ini,” katanya di sini, hari ini.

Filem itu dijadualkan dita­yangkan di pawagam seluruh negara pada September 2019.

Lokasi penggambaran filem yang menampilkan pelakon se­perti Sabri Yunus, Imuda, Izwan Hafiz, Khatijah Tan, Omar Abdullah, Kazar dan Nizam Bahari itu dilakukan di Batu Kurau, Taping dan Batu Gajah.

Filem itu mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki nakal bernama Buntat yang tinggal di Batu Kurau telah di­buru penduduk kampung kerana kenakalannya.

Pada satu hari Buntat insaf serta ingin bertaubat dan sete­rusnya menumpang sebuah lori untuk lari dari kampung.

Rupa-rupanya lori itu menghantar barang ke pelabuhan Pulau Pinang ketika musim haji dengan menggunakan kapal laut.