Ada yang kata, jodoh mereka tak panjang. Joyah jadi naik pelik, belum berkahwin sudah boleh kata ada jodoh ke? Ini bukan lagi jodoh tak panjang, tetapi ayat yang lebih tepat ialah, langsung tidak berjodoh. Faham?

Okey, memang ada yang cakap cinta sekejap putus sekejap cinta bagai nak gila ni macam budak-budak, anak-anak sekolah.

Apapun, hanya mereka berdua yang tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka, sehingga cinta yang sudah lebih tiga tahun disemai itu berakhir begitu sahaja. Tentu ada sebab yang cukup berat membuatkan Fathia ‘lari’ daripada Aiman.

Ada yang kata, sikap Aiman macam tak serius sikit dalam hal perhubungannya dengan Fathia, sebab itu si kekasih hati cabut, tak tahan makan hati. Betul ke ni? Apapun, Joyah harap kisah putus cinta ini tidak bawa kesan yang panjang dan dalam. Lepas ni, cuba lagi ya. Manalah tahu, dengan orang baru, cinta akan dapat menyatu dan kurang berliku?