Protégé kepada Siti Nordiana ini faham akan segala cabaran yang bakal dihadapi.

“Gelaran juara yang saya peroleh ini bukan bermaksud saya akan melalui jalan mudah apabila menjadi anak seni. Saya tahu banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi pada masa akan datang.

“Semua itu bergantung kepada rezeki dan perlu ada strategi betul untuk menampatkan diri dalam bidang ini.

“Kemenangan ini bermakna masih banyak yang perlu saya belajar. Saya bermula dari bawah dan tidak ada masalah untuk terus belajar.

“Memang impian saya untuk menjadi penyanyi dan punya lagu sendiri. Walau laluannya tidak mudah saya akan terus berusaha mencapai apa yang saya idamkan,” ujar Zaaim usai menerima kemenangan.

Berita lanjut layari www.mhetv.my.