Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Karier dulu, kahwin kemudian – Hanna

Hanna Aqeela ketika pengambaran drama Dendam Yang Tertangguh. 3
Hanna Aqeela ketika pengambaran drama Dendam Yang Tertangguh.

BIAR lambat dikenali asalkan peminat drama tempatan berpuas hati dengan lakonannya. Itu tekad Hanna Aqeela Mohd. Rosni, 27, yang memegang watak Hani untuk drama Bila Nogori Jupo Kelate yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Mengakui tidak terdesak untuk meraih populariti dan glamor, Hanna Aqeela mahu khalayak mengenalinya kerana bakat yang ditonjolkan, bukannya melalui kisah-kisah panas lagi kontroversi.

“Biarlah nama saya lambat dikenali asalkan peminat drama tempatan puas hati dengan lakonan saya. Saya percaya kalau orang sokong kita kerana bakat, insya-Allah nama kita dalam industri akan kekal,” katanya.

Bercerita mengenai pembabitannya dalam bidang seni, kata Hanna Aqeela, dia menceburi bidang seni pada awalnya sekadar suka-suka untuk mencari wang poket selepas tamat pengajian.

Bermula dengan lakonan komersial antaranya iklan Joy dan Lifebuoy, dia memberanikan diri mencuba nasib sebagai pelakon drama dan antara yang pernah dibintanginya adalah Bila Hati Berbicara, Suami Sebelah Rumah, Dawai Asmara, Mr. Tanda Soal dan Love You Mr. Arang.

“Alhamdulillah, rezeki saya dalam dunia lakonan drama semakin memberansangkan sehingga saya pula tiada masa untuk berlakon dengan iklan komersial,” katanya yang kini memberi tumpuan kepada lakonan drama.

Anak sulung daripada empat beradik ini memberitahu, selain berlakon dia juga teringin untuk mencabar diri sebagai seorang pengacara.

Watak wanita psiko

HANNA AQEELA yang ditemui di set penggambaran drama Dendam Yang Tertangguh di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia gembira kerana ditawarkan berlakon dalam telefilem arahan Datuk Jurey Latiff itu kerana watak Maria yang dibawa amat mencabar.

Katanya, Maria seorang wanita yang nampak tenang dan lembut. Secara luaran, tidak ada bezanya dia dengan wanita lain tapi dalamannya penuh dengan perasaan dendam kesumat.

Mengakui sukar membawakan watak itu namun Hanna Aqeela gembira kerana watak itu banyak bermain dengan emosi dan merupakan satu cabaran kepadanya yang sebelum ini sering melakonkan watak protagonis.

“Sebenarnya sebelum terima tawaran berlakon drama ini, saya sedang menjalani penggambaran drama Bila Nogori Jupo Kelate.

“Sebelum ini saya memang elakkan melakukan dua kerja pada satu masa namun saya tidak mampu menolak kerana saya memang menantikan watak seperti ini.

“Lagipun saya bukan watak utama dalam Bila Nogori Jupo Kelate, jadi bolehlah ‘lari-lari’ antara dua set itu. Lagipun drama itu genre komedi, jadi tak tertekan sangat kalau saya buat drama lain pada masa yang sama.

“Apapun saya berterima kasih kepada Jurey dan pelakon veteran yang terbabit dalam Dendam Yang Tertangguh kerana sering membantu saya ketika di set. Ini kerana drama tersebut berat. Ada masa susah juga nak dapatkan mood sebab Maria ini banyak bermain dengan emosi kerana dendam,” katanya.

Pelakon lain yang menjayakan telefilem itu antaranya Alif Aziz, Fauziah Nawi, Zaidi Omar dan Rosnah Johari.

Ini juga merupakan kali pertama Hanna Aqeela bergandingan dengan Alif Aziz yang melakonkan watak Azrel dan mengaku tidak ada masalah kerana mereka saling membantu dan berharap akan berpeluang melakonkan pelbagai watak lagi.

“Sekurang-kurangnya impian saya untuk melakonkan watak wanita psiko sudah tercapai dan harap lakonan saya dalam Dendam Yang Tertangguh memberi kepuasan kepada penonton nanti.

“Untuk masa akan datang, saya teringin melakonkan watak aksi. Saya sanggup belajar teknik mempertahankan diri jika itu boleh membantu saya untuk melakonkan watak yang diberi kelak,” katanya yang sudah tiga tahun serius dalam bidang seni.

Teman Lelaki

Tidak berdolak-dalih mengenai kehidupan peribadinya, Hanna Aqeela mengakui yang dia kini sudah berpunya. Malah dia sering memuat naik fotonya dengan teman lelaki yang dikenali sejak tiga tahun lalu di laman sosial.

“Kalau orang tanya, sudah ada teman lelaki atau belum, pasti saya katakan sudah ada. Buat apa mahu berselindung?

“Cuma setakat ini hubungan kami sebagai kekasih saja dan belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

“Alhamdulillah, Farid faham kerjaya saya. Masing-masing mahu memperkukuhkan karier dan ekonomi dulu. Saya juga kalau boleh nak berlakon sebanyak yang boleh untuk kumpul wang kerana sekarang ini seni merupakan kerjaya utama,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walaupun sibuk berlakon, Hanna Aqeela sudah menetapkan hujung minggunya dihabiskan bersama-sama keluarga.

“Saya adalah Kak Long yang garang dengan adik-adik dan hanya saya seorang sahaja yang terbabit dalam bidang seni. Sebagai anak sulung, sejak usia 15 tahun lagi saya sudah mula memasak dan menjaga adik-adik.

“Apabila sudah bekerja, saya turut membantu keluarga untuk menyediakan keperluan raya,” katanya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan