Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kalau jujur berkat hidup

Datuk Rafiena Ezanee Ramli
Datuk Rafiena Ezanee Ramli

DALAM usia 34 tahun, Datuk Rafiena Ezanee Ramli sudah menanda kejayaan tersendiri. Setiap produk yang dihasilkan di bawah syarikat produksinya, Dark Wave Pictures Sdn. Bhd. (Dark Wave) pasti menjadi buah mulut peminat industri hiburan tempatan.

Idea segar yang diketengahkan atas kapasiti kerusi penerbit drama juga tidak pernah mengecewakan. Semua itu adalah hasil kerja keras dan pemantauan dalam usaha memastikan setiap produk terbitannya itu berada dalam kelas tersendiri.

Bagi memperoleh kepuasan tersendiri juga, Rafiena sanggup bersengkang mata hingga ke awal pagi bersama pasukannya. Semuanya itu dilakukan semata-mata mahu produknya itu kekal dengan piawaian tersendiri.

Demi mendapatkan hasil kerja bermutu dan mahu menjaga kredibiliti sebagai penerbit drama dan filem juga Rafiena tidak kisah untuk berbelanja lebih kerana tidak mahu ada unsur luar yang boleh membantutkan impiannya itu.

“Apa yang orang luar nampak pada saya hari ini adalah kesempurnaan semata-mata. Tapi sebenarnya bukan mudah untuk menempuh tempoh kesengsaraan itu. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang berlaku,” kata Rafiena membuka bicara kisah silamnya.

Tidak mudah untuk mengendalikan empayar yang dimilikinya hari ini, Rafiena hanya berbekalkan kejujuran dan kerja keras bagi mengejar impiannya sebagai kunci utama kejayaan yang diraih selama ini.

Prinsip yang juga kekal diamalkan hinggakan dia tidak pernah ambil mengambil mudah atas setiap produk yang dihasilkan dengan cop mohor Dark Wave, syarikat yang ditubuhkan atas jerih perih sendiri sedekad lalu.

Biarpun pada peringkat awal, banyak pihak yang tidak mempercayai kemampuannya malah memperlekehkan impiannya untuk bergelar penerbit lantaran faktor umur dan kurang pengalaman namun secara perlahan-lahan Rafiena menghapuskan stigma tersebut.

Tekanan semakin menerpa diri lebih-lebih lagi daripada bapa, Ramli Othman, 59, yang dilihat seolah-olah tidak menyokong sepenuhnya keinginan anak perempuannya untuk mengapai impian tersebut.

“Saya hanya wanita biasa yang mempunyai cita-cita yang tinggi dalam bidang seni. Daripada peringkat awal lagi, abah tak suka saya terlibat dalam bidang hiburan. Langsung tak bagi saya jadi pelakon.

“Masa itu, jiwa muda saya memberontak nak membuktikan sesuatu kepada abah. Jadi saya nekad untuk merancang sesuatu di luar kotak. Tak boleh jadi pelakon, kena jadi penerbit.

“Yang itu pun abah tak sokong. Macam-macam yang dia cakap dan melemahkan mental saya. Tapi tak kisah. Saya konsisten dengan niat saya dan bersedia untuk mengharung apa juga dugaan mendatang,” kata Rafiena berkongsi cerita.

Dalam usia 24 tahun, Rafiena mula menimpa pengalaman sebagai penerbit selepas menubuhkan Dark Wave secara rasminya pada 28 Julai 2007. Pada waktu, Rafiena sendiri yang melakukan semua urusan kerja dari awal hingga akhir berseorangan selama lima tahun tanpa bantuan orang lain.

Rafiena percaya dengan cara menimba pengalaman dari bawah akan menjadikan dia lebih arif dan memahami segala selok belok skop kerja sebagai penerbit.

“Saya belajar banyak perkara termasuklah cara untuk mendapatkan projek di stesen televisyen. Kalau syarikat penerbitan lain diwakili barisan penerbit yang sudah ternama ketika sesi pitching drama, tapi saya bersendirian.

“Saya langsung tak kisah. Biarlah orang nak cakap apa. Janji saya dapat bawa balik projek. Bekalan saya hanya idea dan jaminan kualiti yang menepati piawaian pada setiap produk yang dihasilkan.

“Selain itu, saya juga sentiasa menjaga hubungan yang baik antara banyak pihak terlibat. Itu sahaja prinsip kerja yang ssya pegang,” kata Rafiena yang berbangga apabila menjadi antara penerbit termuda dalam negara.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan