Ucapan tahniah masih lagi mencurah dan tidak putus-putusan oleh rakan artis, peminat mahupun warganet.

Tidak ketinggalan syarikat-syarikat besar yang menjadi penaja mahupun pernah berkolaborasi dengan Elfira termasuklah syarikat barangan kemas terkenal, Habib Jewels.

Bagaimanapun ucapan tahniah daripada Habib Jewels pada mulanya amat mengejutkan.

Laman Facebook syarikat itu telah memuat naik gambar Elfira dan bekas tunangnya yang juga penyanyi Sufian Suhaimi beserta ucapan tahniah yang ditujukan kepada Elfira dan Faris.

Ucapan tahniah daripada Habib Jewels dengan gambar yang salah.
Ucapan tahniah daripada Habib Jewels dengan gambar yang salah. 

Gambar yang dimuat naik adalah foto ketika majlis pertunangan Elfira dan Sufian sebelum ini.

Mengakui kesilapan tersebut, pihak Habib kemudiannya memadam hantaran berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada pasangan terbabit dan juga kepada Sufian serta peminat mereka.

Menurut Habib, kakitangan mereka yang bertugas telah tersalah memuat naik gambar itu dan dalam masa yang sama turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Elfira dan Faris. -MHE TV