Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ganja, syabu palit nama Ammar Zoni

ANTARA bahan bukti yang dijumpai ketika serbuan. 2
ANTARA bahan bukti yang dijumpai ketika serbuan.

DADAH dan golongan artis bagaikan sudah tidak dapat pisahkan. Ya, jika bukan melibatkan golongan artis sekalipun, tentu sahaja jenayah tersebut cukup dekat dengan masyarakat. Berselang masa, ada sahaja muka-muka baharu yang ditangkap kerana memiliki dadah!

Terbaru, pelakon sinetron Ammar Zoni antara yang ditangkap kerana memiliki dadah jenis ganja dan syabu. Menjadi antara pelakon muda yang digilai ramai tertanya bukan tiket untuknya melepaskan diri daripada kesalahan besar ini. Dia yang ditangkap pada 10 Julai lalu benar-benar menggemparkan seluruh Indonesia.

Terdahulu sudah ada beberapa pelakon dan penyanyi ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Bagaikan tidak serik dengan apa yang sudah dilihat, Ammar pula menerima karma terbaru angkara dadah.

“Kami sahkan dia ditangkap,” ungkap Ketua Polis Jakarta Pusat, Kombes Sayudi Ario Seto kepada media yang ada di sana.

Enggan bercerita lanjut apakah yang terjadi sebenarnya, lelaki ini mendedahkan yang pihak polis masih menyiasat apakah sebenarnya yang terjadi kepada kes berkenaan. Pun begitu pihaknya meminta sedikit masa untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Ammar, 24 tahun merupakan antara pelakon kacak kegilaan remaja di sana. Mula dikenali dengan sinetro 7 Manusia Harimau, Anak Langit dan Anak Jalanan, dia megah membina nama dan kerjaya walaupun terpaksa bersaing dengan ratusan muka baharu yang ada.

Pun begitu, melalui beberapa siasatan dan pendedahan yang dibuat, sebenarnya Ammar terjerat disebabkan kes dadah yang lain. Pihak polis pada awalnya sedang menyiasat beberapa orang yang terlibat dengan dadah sehinggalah secara tiba-tiba namanya ‘dipetik’.

Menurut Sayudi Ario lagi, Ammar ditangkap di sebuah rumah di daerah Depok ketika pelakon berkenaan sedang berehat. Ketika serbuan dilakukan, tidak ada sebarang kekecohan berlaku memandangkan tiada siapa yang menyangka pelakon berkenaan terlibat dengan dadah.

Turut ditangkap, dua lagi pembantu yang berada dalam rumah tersebut.

“Tak ada kekecohan berlaku memandangkan sewaktu ditangkap dia sedang tidur. Kebetulan ketika serbuan ada bahan bukti ditemukan, dia diminta melakukan ujian air kencing dan ternyata positif syabu dan ganja,” katanya lagi.

Setelah digeledah seluruh bilik berkenaan, pihak polis menjumpai barang bukti berupa ganja seberat 39.1 gram dan alat menghisap yang dipanggil bong. Saat disoal siasat, Ammar mendedahkan yang dia sudah setahun lebih bergelumang dengan dadah.

“Alat yang dijumpai adalah untuk menghisap ganja mana kala untuk syabu pula tiada, mungkin sudah selesai digunakan. Pihak kita juga menjumpai beberapa bekas plastik dan beberapa mancis api (dipercayai digunakan untuk menghisap dadah).

“Hasil siasatan awal juga, Ammar mengaku menggunakan dadah untuk ‘kesenangan diri’ sahaja. Dia guna dadah kalau susah tidur,” terangnya lagi.

KES dadah melibatkan Ammar bukan sahaja memberikan seribu satu masalah kepada keluarga tetapi juga dalam masa yang sama memeningkan kepala teman wanitanya, Ranty Maria. Masih tidak percaya sang kekasih terjerat dengan kes dadah, dia perlu tenang menghadapi ujian besar berkenaan.

“Tak tahu, saya tak tahu apa-apa,” ungkap Ranty saat dihubungi media di sana.

Hubungan cinta mereka sebenarnya baru sahaja bermula saat masing-masing terlibat dalam sinetron Anak Langit awal tahun ini. Tentu sahaja kes ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada percintaan yang baru sahaja dibina.

Diasak dengan pelbagai soalan lain, Ranty tetap tenang.

“No comment dulu ya. Maaf saya sedang shooting. Masih banyak babak yang perlu dihabiskan ketika ini,” katanya mengakhiri perbualan.

Hal yang sama turut dirasai oleh ibu Ranty, Joanita Kariso yang turut menjadi buruan pihak media. Tenang berhadapan dengan kes besar yang melanda teman lelaki anaknya itu, dia mempunyai alasan tersendiri mengenai kes dadah tersebut.

“Tenang sahaja ya, saya sendiri pun tidak bertanya kepada Ranty mengenai hal tersebut. Lagi satu, biarlah mereka yang menguruskan sendiri hal itu. Kalau ada pertanyaan lanjut boleh ditanya kepada anak saya terus,” kata Joanita pula.

Tidak cukup dengan itu, nasib Ammar di dalam sinetron tersebut juga menjadi tanda tanya memandangkan penggambaran masih lagi berjalan. Ada beberapa gosip yang mengatakan namanya bakal digugurkan terus memandangkan ia akan memberikan masalah besar kepada keseluruhan produksi memandangkan kes dadah selalunya memakan masa yang panjang.

Diajukan pertanyaan kepada pihak penerbit Anak Langit, Abdul Aziz masih belum mempunyai keputusan mengenai hal berkenaan.

“Kami sendiri baru mengetahui tentang hal penangkapan itu. Untuk hal itu (pengguguran) belum pasti,” jawabnya ringkas.

Setelah digeledah seluruh bilik berkenaan, pihak polis menjumpai barang bukti berupa ganja seberat 39.1 gram dan alat menghisap yang dipanggil bong. Saat disoal siasat, Ammar mendedahkan yang dia sudah setahun lebih bergelumang dengan dadah.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan