Menurut Yusmiliati dalam sidang akhbar khas yang diadakan hari ini, pemohonan maaf itu perlu dilakukan Sajat bagi membersihkan namanya yang sebelum ini tercalar kerana laporan polis yang dibuat selepas gagal membantu individu tersebut menukar jantina.

“Pada 30 September 2017 dan 13 Oktober 2017 Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) telah menghantar sesalinan surat kepada mereka berdua menyatakan bahawa pemohonan tersebut sudah ditolak atas alasan pemohon gagal melampirkan satu salinan surat daripada doktor yang mengesahkan beliau adalah seorang khunsa.

“Mereka telah melemparkan bermacam tuduhan palsu kepada saya dan pembantu Sajat telah membuat satu laporan polis pada 29 Ogos 2018,” katanya di sini.

Menolak dia melakukan penipuan, menurut Yusmiliati, difahamkan pemohonan yang dibuat Sajat untuk menukar jantina itu juga bagi membolehkan dia berkahwin di negara ini.

“Saya menyatakan dengan tegas bahawa saya telah dianaiyai dan dituduh sebagai penipu sedangkan saya telah melaksanakan pemohonan tersebut seperti mana yang telah diarahkan.

“Sebenarnya pemohonan itu dibuat untuk menukar maklumat di dalam kad pengenalan untuk membolehkan dia berkahwin,” kongsinya lagi.

Menurut Yusmiliati lagi, pemohonan maaf itu perlu dilakukan Sajat dalam bentuk bertulis dan video yang akan dimuat naik dalam laman sosial milik penyanyi ‘Bobo Dimana’ itu. - UTUSAN ONLINE