Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Din Sardin naik ‘pangkat’

SALAH satu babak menarik dalam Din Sardin. 3
SALAH satu babak menarik dalam Din Sardin.

SUDAH ditayangkan sebagai sebuah naskhah telefilem sebelum ini namun dek kerana sambutan yang diberikan begitu menggalakkan akhirnya membawa idea untuk ‘memanjangkan’ kisah Din Sardin menjadi drama bersiri. Tentu sahaja watak Din dan Che Ta yang dibangunkan sebelum ini masih melekat dalam ingatan sesiapa sahaja yang sudah menyaksikannya.

Bagi penerbit drama Din Sardin, Arisz Ab Rahmanm, pastinya apa yang dipaparkan sebelum ini merupakan antara naskhah komedi yang menarik perhatian ramai. Buktinya, sebaik sahaja selesai ditayangkan ketika itu, ramai yang menyukai gandingan Izzue Islam dan Mira Filzah yang menjadi tunjang utama Din Sardin.

“Melihatkan reaksi positif daripada penonton ketika itu telah membawa idea kepada saya untuk mengembangkan Din Sardin menjadi drama bersiri. Bila saya bawa idea ini ke pihak stesen televisyen, mereka menerimanya dan membenarkan ia dijadikan drama bersiri.

“Dengan pelbagai idea yang dibangunkan, maka terhasil Din Sardin yang penuh dengan lawak jenaka tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan mesej yang baik kepada penonton,” kata Arisz lagi.

Diterbitkan oleh Mache Allstar United Sdn. Bhd., tentunya tumpuan lebih terarah kepada gandingan dua pelakon utama. Bagi Arisz, Izzue dan Mira tidak berhadapan dengan masalah besar memandangkan masing-masing pernah bekerjasama sebelum ini.

Mereka bukan sahaja tahu apa yang perlu dilakukan tetapi dalam masa yang sama turut memberikan input menarik yang boleh dilakukan bagi ‘mencantikkan’ lagi perjalanan kisah Din Sardin untuk semua.

Menjalani penggambaran selama 55 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka, tentunya pihak produksi mempunyai resipi tersendiri bagi memberikan pembaharuan agar tidak terlihat sama dengan telefilem yang sudah dihasilkan sebelum ini.

“Sukar sebenarnya untuk menghasilkan naskhah komedi tetapi dengan idea dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak, saya gabungkan ke dalam Din Sardin. Untungnya naskhah ini turut dilakonkan oleh ramai pelakon lain. Masing-masing menyumbangkan peranan besar bagi menjayakannya,” tambahnya.

Selain Izzue dan Mira, Din Sardin juga turut dilakonkan oleh Sasqia Dahuri, Syazwan Hassan, Taufiq Hanafi, Bell Ngasri, Nina Baharom, Annie Ariffin, Azhan Rani, Delimawati, Kazar, Iswan Islamil, Afzan Rahman dan ramai lagi.

DIN Sardin mengisahkan seorang pemuda bernama Din yang sudah bosan bekerja di kilang memproses ikan sardin. Kerana jemu dia nekad untuk berhenti kerja. Baginya, dia perlu mengubah nasib diri jika mahu berjaya dan dalam masa yang sama bercita-cita mahu mencari calon isteri yang mampu membawanya berjaya dalam hidup.

Dalam perjalanan mengejar cita-cita, dia berhadapan dengan seribu satu dugaan. Walaupun berpaksikan komedi, kisah yang dipaparkan turut sama mengundang emosi dalam beberapa babak yang sengaja dibangunkan bagi menjentik jiwa penonton.

Namun nasibnya berubah apabila dia diterima masuk sebagai salah seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas itu. Hidup Din mula berubah dan semangatnya kembali mekar untuk mendapatkan cinta Che Ta.

“Kita beruntung kerana pihak JPJ sudi bekerjasama dalam pembikinan Din Sardin. Sengaja kita memilih unit ini memandangkan tidak banyak drama atau filem yang membawa mereka ke hadapan berbanding dengan unit beruniform yang lain.

“Dengan adanya kerjasama ini, pastinya banyak input baharu yang boleh dikongsi bersama dengan penonton termasuklah tips pemanduan di jalanan raya dan menekankan isu keselamatan,” tambahnya.

Ditanya adakah sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan JPJ, Arisz mendedahkan perkara tersebut berlangsung baik tanpa sebarang masalah besar. Pihaknya awal-awal lagi telah memberikan skrip asal untuk dinilai agar tidak melanggar tatacara dan peraturan yang menggambarkan keseluruhan institusi JPJ.

“Kebanyakan babak komedi perlu dijaga bila Din sudah menganggotai JPJ. Kita juga tidak mahu imej pihak mereka terjejas dengan jenaka yang kurang manis. Sebab itu semua pihak berhati-hati sepanjang penggambaran berlangsung agar tidak melanggar sensitiviti,” tegasnya lagi.

Din Sardin bakal siarkan mulai 12 Ogos hadapan pada pukul 8.30 malam di slot Kelakarama TV9.

Melihatkan reaksi positif daripada penonton ketika itu telah membawa idea kepada saya untuk mengembangkan Din Sardin menjadi drama bersiri. Bila saya bawa idea ini ke pihak stesen televisyen, mereka menerimanya dan membenarkan ia dijadikan drama bersiri.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan