Avicii menghembuskan nafas terakhir di Muscat, Oman, semalam pada usia 28 tahun. Berita duka ini disampaikan oleh pihak pengurusannya.

Menurut wakil pihak pengurusan, Avicii berada di Oman bagi menjayakan persembahan siri jelajahnya. 

Menurut laporan Variety, pihak keluarga mendiang belum memberikan sebarang kenyataan mengenai punca kematian dan mereka meminta agar orang ramai menghormati privasi mereka yang sedang bersedih.

Avicii yang berasal dari Sweden memulakan karier sebagai pemuzik pada 2007. Dia mula popular menerusi lagu Seek Bromance pada  2010 apabila lagu tersebut berjaya memasuki carta di 20 buah negara. - UTUSAN ONLINE.