Menurut Sarah, dia berasa segan dan malu apabila isu tersebut ditimbulkan kerana sedar dirinya yang masih mentah jika hendak dibandingkan dengan pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagi tiga tahun berturut-turut itu.

Siapalah saya untuk disamakan dengan Kak Dayang. Masih terlalu hijau dalam industri ini. Baru beberapa bulan sahaja berbanding Kak Dayang yang sudah berpuluh tahun jadi penyanyi.

Jadi, menerusi pentas BS 2018, saya cuba tukar persepsi itu dengan menyerlahkan keistimewaan vokal tersendiri,ujarnya merendah diri.

Terkenal dengan debut Pedih yang dipertaruhkan sebagai single pertamanya, Sarah akui tekanan menyertai BS 2018 amat membebankan, apatah lagi dia terpaksa bersaing dengan peserta lain yang jauh lebih berpengalaman.

Namun, Sarah optimis dengan senario dihadapinya itu dalam mematangkan dirinya selaku seorang penyanyi baharu. - UTUSAN ONLINE