SARAH SUHAIRI mahu mencapai impian menjadi penyanyi terkenal.

Menurut Sarah yang kini sedang popular menerusi single Pedih, dia mahu merealisasikan cita-citanya bergelar penyanyi sejak kecil lagi.

“Saya memang suka menyanyi sejak kanak-kanak lagi. Sebab itu bila ada peluang ini memang saya akan ambil sahaja.

“Peluang begini bukan semua orang boleh dapat dengan mudah, jadi saya rasa amat bertuah bila pihak MVM Production Sdn. Bhd., berminat untuk jadikan saya artis baharu mereka.

“Insya-Allah jika ada peluang untuk sambung pelajaran, saya akan terima satu hari nanti cuma buat masa ini saya beri tumpuan pada kerjaya seni,” katanya. - UTUSAN ONLINE.