SANTESH
 

Apak Harry ketika menghubungi pengacara Jom Chat, Apak, memberitahu, beliau mahu membawa dua artis yang menjadi anak didiknya sebagai tetamu undangan Jom Chat yang pernah beliau sertai sebanyak dua kali, beberapa tahun yang lalu.

Menurut Apak Harry, beliau mahu memperkenalkan Santesh, pendatang baharu dalam industri hiburan secara peribadi kepada Jom Chat.

HARRY KHALIFAH
HARRY KHALIFAH 

 

Cuma beliau tidak dapat berbuat demikian lebih awal disebabkan kekangan masa yang dihabiskan di studio rakaman.

“Santesh adalah anak didik saya dan lagu Amalina nyanyian beliau adalah ciptaan saya. Malam ini, saya kenalkan Santesh kepada Apak dan Jom Chat,” kata Apak Harry.

KHANDA KHAIRUL
 

Selain daripada Santesh yang namanya sudah mulai menggegarkan industri hiburan tanah air menerusi lagu berjudul Amalina yang disampaikannya dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Tamil, turut menjadi tetamu undangan Jom Chat malam ini ialah Khanda Khairul.

“Khairul juga artis baharu yang ingin didekatkan kepada penggemar muzik tanah air. Siapa Khairul ini, kita boleh memperkenalkan beliau malam ini,” kata Apak Harry.

Kepada para pelayar Utusan Online yang ingin menyaksikan segmen Jom Chat secara langsung pukul 9 malam ini, masuk ke Facebook Utusan Online dan like page.

Anda akan mendapat notifikasi sejurus sahaja Jom Chat bermula siaran secara live. - UTUSAN ONLINE