Tetapi sekarang apa sudah jadi? Hubungan persahabatan selama 10 tahun renggang apabila masing-masing dilihat saling berbalas kenyataan dalam media sosial. Meskipun kedua-duanya tidak menyebut nama yang dimaksudkan namun pengikut Instagram dan Twitter bagaikan sudah dapat menduga.

Tidak dapat diketahui apakah punca pertelingkahan antara Juliana dan Kaka. Juliana pula baru-baru ini juga turut dikritik hebat oleh warganet kerana berbikini dan menampakkan perutnya yang semakin memboyot ketika bercuti bersama suaminya.

Belum pun isu itu sejuk, timbul pula kisah yang ini pula. Pelakon filem Bella & Jamie ini dilihat begitu lantang meluahkan kekecewaannya serta sindiran setelah ditikam belakang oleh rakan baiknya sendiri.

Namun menerusi Twitter pula, Kaka juga turut menjawab dengan nada penuh sindiran.

Yang pasti, kedua-duanya sedang hamil anak sulung. Emosi ibu mengandung ni memang lain macam sikit. Agaknya emosi terganggu dek pembawaan budak. Alah, tak payahlah gaduh-gaduh. Harapnya api kemarahan tu terpadam juga tak lama lagi.