Isterinya, Julia Bachok ketika dihubungi memberitahu, penyanyi tersebut telah dikeluarkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad biasa Hospital Kajang.

“Ketika kejadian berlaku, saya tidak berada dengannya. Anak-anak yang menguruskan segala-galanya.

“Setahu saya, dia semakin stabil dan dimasukkan ke wad biasa,” ujarnya.

Terdahulu, motosikal yang ditunggang Saleem dilanggar dari arah belakang ketika dia keluar ke kedai berdekatan kediamannya untuk membeli barang.

Berdasarkan berita yang tular di media sosial sejak semalam, dikhabarkan keadaan Saleem parah apabila tulang rusuknya tertusuk paru-parunya.

“Saya enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja,” katanya. - UTUSAN ONLINE