Kongsi Rosyam, walaupun masih banyak yang perlu Fattah pelajari, kesungguhan pelakon yang baru berumah tangga dengan Fazura itu harus dipuji.

“Lakonan Fattah sebelum sering dipertikai tetapi pada saya kalau dia tidak diberi peluang, macam mana dia nak buktikan.

“Dalam filem ini Fattah berjaya menunjukkan yang dia adalah seorang yang bagus,” katanya kepada Utusan Online.

Sementara itu Rosyam turut berbangga kerana dapat bekerja dengan pengarah muda seperti Syafiq Yusof.

Kongsinya kejayaan filem ini juga tidak sekadar hadir daripada satu pihak tetapi kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat.

“Sebagai pelakon saya tumpang gembira dengan kejayaan filem ini. Malah saya juga sangat berbangga untuk dapat berlakon di bawah pengarah muda yang berwibawa seperti Syafiq,” katanya.

Sementara itu filem terbitan Skop Productions ini sudah mengutip kira-kira RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan sejak mula ditayangkan Khamis lalu. - UTUSAN ONLINE