Namun hubungan rapat antara Nur Shuhada Jebat atau Ayda Jebat, 27 dan Redza Rosli, 27, ini seakan renggang apabila pasangan ini dilihat tidak lagi berkongsi gambar bersama mahu pun berbalas komen dalam media sosial.

Lebih parah, hasil carian mendapati Ayda kini tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik Redza.

Ayda Jebat

Walaupun keduanya enggan memberikan komen tentang perkara itu, wujud pula warganet yang menyokong tindakan mereka kerana melihat pelakon drama, Isteri Tidak Di Iktiraf ini seakan ‘parasit’ dalam kehidupan Ayda.

“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tidak ada istilah putus cinta. Apa yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan bekerja dalam cara yang baik. Rasanya begitu juga dengan dirinya.

“Dalam hal ini, ada hati yang perlu saya jaga. Jadi lebih baik saya tidak memberikan apa-apa kenyataan. Rasanya itu adalah yang terbaik,” luah Ayda Jebat yang terkejut apabila Redza turut dikaitkan bercinta dengan pelakon Octovia Manrose, baru-baru ini.

Ditanya soal ‘parasit’ Redza ke atas dirinya, Ayda tenang menjelaskan bahawa dirinya hanya memandang hal tersebut dari sudut positif.

“Kalau nak cakap dia tumpang populariti tu, mungkin ada sedikit tempias. Kita tidak boleh menafikan perkara yang benar. Mungkin ada yang kenal dia daripada drama yang kami sama-sama lakonkan. Jadi rasanya tiada yang salah atau silap dalam hal ini.

“Namun, jika ada yang cakap Redza popular sebab Ayda Jebat, saya rasa Tuhan nak kongsi rezeki saya bersamanya. Sejujurnya saya pun tidak kisah. Siapa-siapa pun boleh.

“Kalau rasa nak popular boleh saja berkawan dengan saya, tiada masalah kerana mungkin rezeki yang mereka dapat disebabkan populariti saya itu boleh membantu orang yang susah.

“Soal rezeki itu Allah yang tentukan,” jelas Ayda.

Namun kata Ayda, dia memilih untuk tidak lagi bergandingan dengan Redza dalam mana-mana drama mahupun filem selepas ini.

Tidak menyesal berkawan

SETELAH kontroversi kononnya pasangan ini putus cinta, kelihatan seolah-olah penyanyi lagu, Temberang ini terpaksa menanggung semua permasalahan berbanding Redza.

“Dari dulu lagi, saya sudah biasa berhadapan dengan apa sahaja kontroversi atau gosip. Saya anggap inilah asam garam kehidupan sebagai artis dan insan seni yang bernama Ayda Jebat. Kalau saya berkawan baik dengan dia pun orang bercakap. Tidak berkawan pun orang bercakap.

“Saya tidak pernah menyesal berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana apa yang Allah aturkan itu pasti ada pengajaran,” jelasnya pada Rabu lalu ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite dalam pakej Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack.

Mewah dengan pelbagai tajaan produk, Ayda Jebat dilihat antara artis yang paling konsisten dalam carta populariti.

“Alhamdulillah, saya sudah lima tahun bersama Aura White. Orang tengok saya pasti ingat produk ini. Malah hubungan saya dengan pengasas Aura white, Datin Furyna Azmeer seperti satu keluarga,” jelas Ayda yang akan menjayakan konsert di awan biru pada ketinggian 38,000 kaki pada 8 Ogos ni. Persembahan terbabit bersempena penganjuran Minggu Muzik Malaysia 2019 (MMM 2019).