Mary Jane berkesempatan menonton beberapa episod sahaja tetapi harus diakui pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad berjaya menggarap kisah ini dengan baik. Kalau drama ini dipuji kerana lakonan yang berkesan, pengarah pun patut dapat pujian.

Tapi Mary sebenarnya nak puji lakonan Noorkhiriah yang tak sepatutnya dinafikan dalam drama berkenaan. Babak sup bunjut yang dituduh sebagai sihir memang benar-benar menjadi tular sehingga membuatkan ramai terkesan dengan lakonan pelakon ini.

Ada yang pesan kepada Mary agar menyuruh Khiriah berlakon semula dan tak payahlah bersara seperti mana yang dimahukan. Dia memang pelakon yang berbakat besar, sayang rasanya kalau bakat tersebut dipersiakan begitu sahaja.

Betul juga tu, tak payahlah berhenti berlakon. Sayang pula pada bakat yang ada dalam dirinya itu.
Mungkin selama ini ada sebab yang membuatkan Khiriah mengambil keputusan untuk berhenti berlakon. Tapi sekarang dia telah membuktikan yang kemunculan semulanya benar-benar memberikan impak besar. Pendek kata, boleh 'tercampak' lah pelakon-pelakon berangan yang sedia ada.