Mamat yang ditangkap di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru pada Ahad lalu membuatkan ramai peminat kecewa kerana konsert itu bakal berlangsung pada 28 September ini di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.

Rata-rata peminat melahirkan rasa kesal mereka menerusi laman sosial dan portal berita serta kecewa kerana Mamat sering kali terjerat dengan kes-kes dadah.

“Sayangnya, dia punyai bakat besar dalam nyanyian. Baru saja nak naik balik, siap nak ada konsert. Kenapalah sia-siakan peluang ni. Semoga perjalanan konsert nanti berjalan lancar. Sebab aku minat sangat dengan kmpulan ini sejak vokalisnya Mamat sehinggalah Ezad,” tulis seorang warganet.

“Alahai kesiannya, sekali dah kena memang susah nak tinggal agaknya. Sebab tu mak bapak, cikgu pesan agar jauhi dadah,” luah seorang lagi warganet.

Apapun yang berlaku, kita doakan yang terbaik buat Mamat agar dia berubah dan boleh menjayakan konsert yang bakal mengubat kerinduan peminat.