Bertempat di Seri Cengal Ballroom hotel berkenaan, persembahan komedi muzikal itu akan berlangsung pada 6 Julai ini bermula pukul 8.30 malam.

Menurut Eksekutif Komunikasi dan Pemasaran Sunway Hotel, Ooi Li Mei, antara pelawak yang akan mengambil bahagian adalah juara Gegar Lawak musim pertama, Kumpulan Kiut yang dianggotai Hanaffi, Zam dan Tapai serta salah seorang peserta Gegar Lawak, Kumpulan Testo.

Katanya, turut mengambil bahagian dalam persembahan itu ialah pelawak Abam

Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Redzuan yang merupakan Naib Johan Maharaja Lawak Mega 2018.

Selain itu, tambah beliau, juara Lawak Solo musim pertama iaitu Danial Zaini dan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama, Achey Bocey atau nama asalnya Mohd. Nasir Hamzah turut bakal menghiburkan penonton pada malam tersebut.

“Barisan pelawak terkenal ini bakal mempersembahkan muzikal komedi yang pastinya membuatkan penonton tidak kering gusi dengan aksi-aksi lucu dan mencuit hati sekali gus membawakan pengalaman menyeronokkan kepada penonton,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Li Mei, tiket bagi persembahan komedi muzikal The Lawaks itu kini sudah boleh ditempah pada harga RM120 bagi tiket biasa dan RM180 bagi tiket VIP.

Katanya, selain persembahan utama, penonton juga akan disediakan makan malam bermula pukul 5.30 hingga 7.30 malam.

“Bagi penonton yang membeli tiket VIP pula, mereka akan memperoleh keistimewaan seperti makan malam bersama pelawak, poster percuma dan cabutan bertuah,” katanya.

Lebih menarik, tambah beliau, orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 22 Jun ini akan mendapat tawaran diskaun sebanyak 15 peratus untuk semua kategori tiket.

Untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut mengenai persembahan itu boleh melayari laman web seberangjaya.sunwayhotels.com. atau menghubungi Sun Café di 04-370 7788/ 04-377 7788 atau e-mel di shsj.bookfnb@sunwayhotels.com.- UTUSAN ONLINE