Penekanan itu yang diutamakan dalam Seminar Rahsia Magnet Rezeki - Akan Berlaku Keajaiban pada 27 Oktober ini. Setiap peserta akan diberi pemahaman secara menyeluruh berhubung ilmu ini.

Sebenarnya, manfaat kekayaan yang diperoleh bukan dalam bentuk fizikal seperti aset rumah semata-mata. Tetapi kekayaan yang bakal diperoleh selepas perkongsian ilmu ini membabitkan kekayaan sejati secara total.

Menerusi perkongsian ilmu daripada Dr. Fikri Hamdi dan Masyi Ismail ini dijangkakan membuka mata semua tentang manfaat ilmu magnet rezeki ini kepada semua orang.

Seminar seharian yang dianjurkan How Academy milik syarikat rangkaian pemasaran AGAPE Superior Living (AGAPE) ini bakal mengungkap misteri rezeki yang tidak diketahui selama ini.

Tentang rahsia memecahkan perisai rezeki, rahsia untuk hidup senang dan bahagia serta rahsia meraih rezeki yang melimpah ruah, semuanya diajar dalam seminar ini.

Setiap seorang peserta diajar tentang ilmu kekayaan sebenar. Lebih hebat lagi, menerusi kekayaan yang diperoleh anda menemui kebahagiaan, kesihatan dan semangat yang jitu.

Seiring dengan fungsi magnet sebagai logam yang menarik butir-butir besi lain ke arahnya, penekanan itu berkait rapat dengan disiplin ilmu ini.

Tentang tenaga baik dan sebaliknya yang ada pada manusia, semua itu saling berkait rapat dengan punca rezeki. Apa yang penting kita perlu mempelajari bagaimana cara untuk menciptakan rezeki yang baik dalam diri.

Pokok pangkalnya ilmu magnet rezeki ini menjadi lebih berkesan jika dalaman seseorang mempunyai cas tenaga positif. Dalam keadaan sebegitu sebenarnya mampu memanggil lebih banyak rezeki mendatang.

Percayalah, Pasti akan berlaku banyak keajaiban selepas itu. Apa yang diidamkan bertahun-tahun lamanya pasti menjadi kenyataan jika dalaman anda selamanya berada dalam lingkungan tenaga sebegitu.

Contoh terdekat adalah bagaimana kerja keras setiap hari untuk mendapatkan kesenangan dalam hidup. Setiap hari kita membanting tulang mencari rezeki yang halal.

Bagaimanapun tanpa tenaga positif dalam diri yang langsung tidak mahu diusahakan, rezeki yang sepatutnya ada itu boleh hilang. Pasti rugi bukan?

Keadaan itu terjadi jika anda langsung tidak mengetahui cara terbaik untuk menarik rezeki. Sedangkan tuntutan yang perlu dilakukan untuk mewujudkan lebih banyak punca rezeki itu sangat mudah.

Caranya adalah dengan menunaikan solat fardu lima waktu tepat pada masanya, berpuasa dan berlapang dada membahagiakan orang sekeliling tanpa mengharapkan balasan.

Kuncinya mudah dalam usaha menarik lebih banyak rezeki. Jaga sahaja tenaga positif dalam diri, secara automatik magnet rezeki akan berderu-deru menyusul selepas itu.

Apa yang penting adalah pelaksanaannya secara konsisten bagi menarik lebih banyak rezeki melekat pada setiap individu.

SEMPENA Grand Seminar Rahsia Magnet Rezeki - Akan Berlaku Keajaiban yang bakal berlangsung pada 27 Oktober 2019 ini, pihak AGAPE berbesar hati untuk memberi harga istimewa kepada pembaca Mingguan Malaysia.

Dengan harga RM99, pembaca bertuah berpeluang untuk mendalami keistimewaan seminar itu yang dikelolakan secara duet antara Dr. Fikri Hamdi dan Masyi Ismail bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Jangan lupa untuk menggunting bahagian ini untuk mendapatkan harga istimewa sebelum membuat penebusan tiket ini. Tiket boleh ditebus bermula 10 September di alamat:

AGAPE Superior Living Sdn. Bhd.

Tingkat 17, Menara 2, Faber Towers, Jalan Desa Bahagia, 
Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tips menarik rezeki

l Taat beribadah dan menjauhi dosa

l Menguasai fikiran, perasaan dan kerohanian

l Kuatkan berfikiran positif

l Kuatkan berperasaan positif

l Kuatkan motivasi positif

NYATA harta yang banyak bukan penentu kebahagiaan. Sherry yang selama ini dilimpahi kemewahan akhirnya tersungkur dengan nikmat dunia diuji apabila semua aset dimiliki hilang sekelip mata.

Gelaran jutawan yang dibangga-banggakan selama ini sudah terbang melayang. Kawan-kawan rapat yang menghimpit sewaktu dalam keseronokan tiba-tiba menghilang. Lebih teruk lagi apabila dia didapati berhutang jutaan ringgit akibat bisnes yang merudum.

Keadaan yang serba serbi kurang itu menyebabkan Sherry hilang pedoman. Lebih dahsyat lagi, wanita berasal dari Sabah ini berhasrat untuk membunuh diri. Namun Maha Pencipta masih mahu membantunya apabila mendapat nombor telefon penceramah Masyi.

Semua hutang dapat diselesaikan dalam tempoh lima bulan setelah mengamalkan ilmu magnet rezeki di bawah bimbingan Masyi. Kini dia bebas daripada hutang dan dalamannya semakin pulih berkat ilmu berkenaan.

DALAM suku abad mencari pengetahuan untuk memperbaiki diri, akhirnya Penceramah How Academy, Sam Kamal menemui apa yang dicari.

Itu pun selepas lebih mengikuti puluhan kursus berkaitan ilmu tersebut membabitkan tenaga pengajar tempatan dan luar negara, syukurlah lelaki ini menemui apa yang diinginkan.

Aspek kerohanian yang diabaikan satu masa dahulu, kini sudah terisi. Pengajaran daripada pengasas ilmu magnet rezeki, Ustaz Nasrullah atau Pak Nas dari Indonesia benar-benar meresap dalam diri.

Tidak semena-mena Sam menemui kekuatan dalaman untuk berubah. Cara penyampaian Pak Nas yang dipakejkan dalam bentuk persembahan yang menarik itu benar-benar menyentuh perasaannya.

“Selepas lebih dua bulan menyertai seminar itu, saya menemui ketenangan. Itu adalah perubahan terbesar terjadi dalam diri selepas belajar dan mengamalkan ilmu magnet rezeki.

“Kita perlu kuatkan dalaman diri menerusi pengetahuan agama. Pegangan agama yang kuat inilah yang menjadi perkara asas utama dalam menarik magnet rezeki.

“Jika kita mampu melakukannya, insya-Allah segala urusan kita dipermudahkan-Nya. Apa yang dihajati menjadi kenyataan jika kita yakin dengan kuasa-Nya,” kata lelaki ini lagi.

Testimoni