Menerusi rakaman secara live di Facebook Pak Nil, beliau menceritakan perbuatan aneh pasangan tersebut yang tampil secara sembrono, meminang Pak Nil untuk wanita yang berkenaan.

Menurut penjelasan Pak Nil, beliau didatangi oleh seorang lelaki yang membawa sepucuk surat yang ditulis oleh seorang wanita yang berhasrat untuk meminang Pak Nil untuk dirinya.

“Pelik kerana wanita itu sebenarnya isteri kepada lelaki yang berkenaan dan perbuatan ini bukan satu gurauan sebaliknya ia adalah gangguan emosi terhadap Pak Nil dan memalukan,” itu antara maklumbalas yang dapat dihuraikan berdasarkan rakaman video Pak Nil semalam.

Pak Nil berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk melaporkan perbuatan ini kepada polis sekiranya gangguan itu diterimanya secara berterusan. - UTUSAN ONLINE