Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Paduan dua ‘otai’ gegar Melaka

EDRIE HASHIM (kanan) dan Syam (kiri) turut dijemput mengiringi konsert Wings bersama-sama M. Nasir d 3
EDRIE HASHIM (kanan) dan Syam (kiri) turut dijemput mengiringi konsert Wings bersama-sama M. Nasir di Ayer, Keroh, Melaka malam Sabtu lalu.

PENGALAMAN dua penyanyi yang digelar ‘otai’ ini bukan calang-calang. Siapa sangka sulaman yang bermula pada 1987 akhirnya kini menjadi lembaran sejarah baharu dalam industri muzik tempatan.

Berbekalkan sentuhan ajaib Datuk M. Nasir dan bakat anak-anak muda yang menganggotai Wings, mereka meneroka dunia dalam cabang genre rock. gabungan itu nyata memberi impak yang besar ketika itu.

Sejarah industri hiburan juga mencatatkan jualan 180,000 unit album Wings pernah terjual pada zaman kemasyhuran mereka, sekali gus menjulang Wings sebagai antara kumpulan rock tersohor negara.

Bermula dengan siulan lagu-lagu Wings dalam album Belenggu Irama sehinggalah keserasian itu berlanjutan untuk album-album seterusnya menjadikan mereka antara penggiat seni yang cukup berpengaruh dalam industri muzik tempatan.

Baru-baru ini, selepas 32 tahun bekerjasama, Wings dan M. Nasir berkongsi pentas pada konsert Fiesta Getthis di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

Ramai yang menyatakan keterujaan untuk menyaksikan konsert itu. Hakikatnya vokalis Wings, Datuk Awie sendiri turut merasakan demikian kerana berpeluang menjayakan persembahan dengan individu yang bergelar sifu muzik itu.

Janji Awie, dia akan beri yang terbaik untuk tidak tewas pada sifunya malam itu dan sepanjang dua jam persembahan, Awie benar-benar mengotakan kata-katanya.

Sepenuh kudrat diberikan Awie kepada konsert yang bermula sekitar 9.30 malam itu. Diiringi sistem bunyi dan pencahayaan yang dramatik, lebih 2,000 penonton yang hadir terpaku dengan setiap lagu yang dinyanyikan.

Peminat setia Wings menyanyi bersama-sama setiap lirik lagu yang dilantunkan oleh vokalis pujaan mereka.

Adrenalin penonton pada malam itu semakin memuncak apabila M. Nasir muncul. Menyanyikan lagu Rantai, Awie turut mengiringi sifu itu dengan bermain gitar ibarat simbolik penghargaan kepada seniman yang bertanggungjawab meluaskan pengaruh Wings.

Usai lagu Rantai, M. Nasir meneruskan persembahan sambil diiringi Wings dengan mambawakan lagu Midnight Blues. Kedua-dua lagu itu adalah ciptaan penuh beliau yang dimuatkan dalam album Teori Domino.

Memasuki dunia yang dicipta oleh M. Nasir, gubahan karya-karya seniman itu untuk berada di pentas bersama-sama Wings cukup istimewa.

Dendangan lagu Hati Emas dan Gerhana memberi pengaruh tersendiri buat penonton pada malam itu.

Namun keenakan menikmati persembahan vokalis kumpulan Kembara itu terhenti dengan empat buah lagu sahaja. Memang tidak puas menyaksikan persembahan M. Nasir.

Awie yang sememangnya cukup jarang berkomunikasi semasa membuat persembahan sempat menitipkan rasa penghargaan kepada individu berpengaruh itu sekali gus mengundang tepukan gemuruh seluruh penonton yang hadir.

Secara keseluruhan, persembahan Wings bersama-sama M. Nasir pada malam itu memang memukau.

Sebanyak 11 buah lagu dipersembah oleh Wings antaranya Taming Sari, Hukum Karma, Opera Hidup, Hujang Senang, Ingatkan dia dan Peronda Jaket Biru.

Tidak puas rasanya menyaksikan gabungan dua ‘otai’ itu lebih-lebih lagi peluang untuk melihat kedua-duanya berkongsi pentas sebegini amat jarang dapat direaslisasikan. Sudah pastinya malam itu mereka memberikan sebuah persembahan yang cukup berbaloi untuk ditonton.

Selain Wings yang turut dianggotai Eddie (bes) dan Black (dram), Syam yang pernah menganggotai Wings serta Edrie Hashim turut ‘meminjamkan’ aura mereka menggantikan kekosongan tempat Joe.

Kudin dari kumpulan Headwind turut dijemput mengiringi persembahan selaku pemain keyboard untuk konsert malam tersebut.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan