NEELOFA bakal membuka pusat al-Quran satu hari nanti.

Jelas Neelofa, 28, sedari dahulu dia sememangnya mahu membuka pusat al-Quran namun bukan dalam masa terdekat.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian tersebut. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Beliau ditemui ketika menghadiri pentas akhir Pencarian Gadis Panca-NR 2017 di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE