SYAMSUL YUSOF
SYAMSUL YUSOF

Sebaliknya, pemilik nama penuh Mohd. Syamsul Mohd. Yusof itu berharap agar karya-karya yang dihasilkannya sama ada Khurafat, Munafik, Munafik 2 dan seterusnya dapat di­jadikan ‘saham’ un­­tuk dibawa ke akhirat kelak.

“Mudah-mudahan setelah ketia­daan saya nanti, filem-filem ini akan terus dimainkan di kaca TV sepanjang za­man seperti naskhah-naskhah arahan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

“Jika ilmu-ilmu agama yang diterapkan dalam wadah seni saya dimanfaatkan oleh muslimin dan muslimat serta mendapat keredaan Allah, itu sahaja sudah memadai.

“Soal sama ada mampu atau tidak untuk memperoleh kutipan lebih daripada sekarang, itu semua adalah kehendak dan keizinan-Nya,” ujar Syamsul merendah diri.

Bahkan menurut graduan lepasan Akademi TV3 itu, setiap satu nikmat yang Allah kurniakan kepadanya menerusi naskhah Munafik 2 sudah lebih daripada cukup.

Syamsul juga memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi atas limpahan rezeki yang telah dicurahkan, apatah lagi dia langsung tak pernah menjangka Munafik 2 akan pergi sejauh itu.

“Saya enggan meng­harap­kan sebarang kutipan lagi atau apa sahaja dalam hidup ini. Segala yang dirasakan kini su­dah memadai, malah lebih daripada itu,” kata­nya dalam nada terharu ketika di­­hubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Munafik 2 yang mula ditayangkan di 147 buah panggung sejak 30 Ogos lalu adalah filem ke-10 arahan pengarah muda prolifik itu dan ke-40 terbitan syarikat produksi Skop Productions Sdn. Bhd.

Terdahulu, filem prekuel Munafik telah diterbitkan dua tahun lalu dan baru-baru ini, Syamsul mengesahkan dia sudah bersedia untuk menghasilkan Munafik 3 pada tahun hadapan.

Selain Syamsul, filem yang menelan kos pembikinan seba­nyak RM2.8 juta itu membariskan pelakon seperti Maya Karin, Asmawi Ani, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Ku Faridah, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Nam Ron dan Weni Panca.

Syamsul Yusof