Wanita berusia 49 tahun itu kebelakangan ini sering menjadikan rutin harian berkunjung ke pusat gimnasium empat hari seminggu untuk melakukan senaman di bawah pengawasan jurulatih terlatih.

“Saya nak badan sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit bukan hanya nak kelihatan menawan semata-mata.

“Bila memiliki bentuk badan yang ideal, pakailah apa sahaja tetap akan nampak cantik dan ‘terletak’,” katanya.

Menurutnya lagi, dia begitu bersemangat untuk menjadikan senaman sebahagian daripada rutin hariannya kerana produk kecantikan dan kesihatannya sendiri.

“Objektif saya selalu bersenam semuanya sebab Perfect 10. Kalau kita nak keluarkan sesuatu produk, pertama sekali kenalah yakinkan kepada pembeli bahawa produk kita itu bagus dan berkesan.

“Sebab itu saya gigih bersenam dan menjaga tubuh badan sebelum benar-benar bersedia melancarkan produk sendiri.

“Bahan dalam Pefect 10 semuanya lengkap. Selama lima bulan saya buat kajian dan memastikan bahan-bahan yang diguna selamat untuk kegunaan semua,” kongsinya. - Utusan Online