NAJWA LATIF berjaya menamatkan pengajian di universiti.

Najwa, 22, berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).

Pencapaian Najwa ternyata mendapat respon membanggakan daripada peminat yang membanjiri laman sosial, Instagramnya dengan ucapan tahniah dan mengharapkan agar penyanyi itu terus menjadi inspirasi buat anak muda.

“Salah satu impian saya untuk tahun 2017 sudah dipenuhi. Kepada Mama, kak Iza, kak Ika, abang Farihiin, adik, abang Azahari serta semua peminat, saya sudah bergelar graduan!,” kata Najwa menerusi kapsyennya.- UTUSAN ONLINE