Tapi bintang drama Encounter itu bukan tampil membuat kenyataan kepada pihak media, sebaliknya dia menjawabnya dengan cara lebih manis.

Rakan Hye Kyo baru-baru ini berkongsi gambar pelakon itu dalam Twitter.

Foto tersebut menunjukkan selebriti berusia 37 tahun itu sedang melengkapkan hiasan pada sebuah beg vintaj yang tertera huruf ‘J’. Tidak lain huruf tersebut adalah singkatan nama suaminya, Joong Ki.

Berkemungkinan itu cara Hye Kyo memberitahu semua orang yang rumah tangga mereka masih bahagia dan dia tetap mengingati suaminya di mana sahaja berada.

Hye Kyo dan Joong Ki bercinta secara rahsia pada 2015 ketika sama-sama membintangi drama Descendants of the Sun.

Dua tahun kemudian pasangan ideal yang dikenali dengan jolokan SongSongCouple ini mengambil keputusan berkahwin.