Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nabila teruja tapi takut

Nabila Razali 3

SIAPA pun tidak akan menolak kalau ditawar berlakon dengan Alif Satar kerana dalam ramai pelakon lelaki, hero Dia Semanis Honey! itu sering memberikan lakonan yang terbaik.

Bagi Nabila Razali, 25, kesempatan berlakon dengan Alif merupakan satu peluang keemasan kerana sebagai orang baharu, dia memerlukan pasangan lakon yang berpengalaman.

Kata Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd. Razali, dia begitu teruja apabila mendapat tahu pasangannya dalam drama itu adalah Alif dan waktu yang sama berasa takut jika lakonannya tidak setanding dengan pelakon tersebut.

Ini kerana Hikayat Cinta Si Pematah Hati, arahan Shalini Balasundram di bawah terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. itu merupakan drama pertama Nabila sebagai pelakon utama.

“Bayangkan pengalaman berlakon hanyalah menerusi telefilem Bibik Aku Nak Kahwin sebagai pelakon pembantu. Saya terus diberi kepercayaan untuk watak utama dengan pelakon tersohor pula. Mestilah gelabah habis.

“Apa pun saya bersyukur kerana sejak hari pertama di lokasi, Alif sentiasa membantu saya dan begitu juga dengan pelakon lain seperti Hafreez Adam. Melihatkan sikap mereka yang merendah diri dan tidak kedekut pengalaman itu, saya selesa bila berada di lokasi.

“Kata Alif, apabila berlakon kita kena relaks, barulah nampak natural,” akuinya yang melakonkan watak Wafeen Wardah.

Apabila sudah selesa berlakon di samping Alif yang membawa watak Rayyan Rayqarl timbul pula persepsi lain yang membuatkan hatinya gelisah. Dia tertanya-tanya, adakah penonton dapat menerima lakonannya kerana dia adalah orang baharu dalam bidang seni lakon.

“Selesai satu bab, timbul bab lain pula. Maklumlah sebelum ini orang sudah selesa tengok Alif berpasangan dengan Siti Nordiana dan tiba-tiba pula muncul si Nabila yang orang tak berapa kenal. Tidak dinafikan saya takut kalau orang bandingkan lakonan saya dengan pasangan Alif sebelum ini.

“Sebagai orang baharu, saya cuba buatkan yang terbaik dan menjadi diri sendiri mengikut watak yang diberi, biarpun karakter Wafeen Wardah itu bukan saya yang sebenar,” akuinya yang sukar melakonkan babak romantik.

Melihatkan lakonannya dalam drama 16 episod yang sedang ditayangkan di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam itu tidak dinafikan Nabila memberikan mutu lakonan yang berkesan.

Sebagai pelakon baharu, Nabila dilihat dapat menjiwai wataknya dengan baik walaupun kali pertama memegang watak utama.

Justeru itu, lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang ini tidak menolak jika ditawarkan berlakon filem.

Malah dek ingin memberi tumpuan kepada lakonan drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Nabila terpaksa menangguhkan pengajiannya selama satu semester dalam jurusan Sarjana Seni Bina di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Apabila sudah berpeluang berlakon drama, rasa seronok pula dan kalau boleh nak cuba watak lain pula. Sebenarnya saya rajin juga pergi uji bakat kalau dengar ada produksi nak buat drama atau filem. Setakat ini saya selesa dengan dua kerja iaitu berlakon dan menyanyi,” katanya terus terang.

Cemburu dapat tempat

Orangnya bukan jenis cemburu tapi dia mendendangkan lagu Cemburu yang berjaya mencuri hati pendengar. Malah lagu itu juga dijadikan lagu tema untuk drama bersiri Arluna.

Menariknya dalam video muzik Cemburu, Nabila turut mengundang rakan-rakan baiknya penyanyi Hael Husaini, Indah Ruhaila, Zera Hariz dan Aidil Maula.

“Sebenarnya sehingga sekarang hubungan saya dengan rakan-rakan AF (Akademi Fantasia) masih berterusan. Kami selalu berhubungan menerusi telefon atau laman sosial. Nak jumpa masing-masing sibuk, jadi gajet saja penghubung kami.

“Saya memilih konsep video muzik yang ceria dan ringan bagi menunjukkan nilai persahabatan antara saya dengan Hael dan Indah serta yang lain. Sepanjang menjalani penggambaran di Subang dan Putrajaya, suasana ceria sahaja, “ katanya tentang video muzik yang diterbitkan oleh Rio Production itu.

Nabila yang selesa dengan lagu ciptaan Hael itu berkata, untuk masa akan datang, dia masih mahu bekerjasama dengan kawan baiknya itu.

“Saya ada dengar beberapa lagu ciptaan Hael sebelum memilih Cemburu dan untuk single akan datang juga, kalau boleh nak guna khidmat Hael lagi. Dia tahu nada suara saya dan buat lagu khas untuk saya mengikut kemampuan saya.

“Tak mahulah saya rakam lagu yang nanti bila nyanyi secara langsung tak sampai. Biarlah lagu yang saya nyanyi itu bersesuaian dengan vokal saya,” katanya tanpa berselindung.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan