Namun, kisah sama juga berlaku antara pelakon dan anak penyanyi Amy Search, Nabila Huda yang hari ini menempelak ibu tirinya, Norhaniza Hassan dalam laman media sosial Instagram.

Pada awalnya, Nabila membuat satu hantaran ucapan buat Amy Search bersempena Sambutan Hari Bapa, semalam.

Nabila yang lebih mesra dipanggil Abil dalam ucapannya mengucapkan kata rindu untuk meluangkan masa bersama-sama bapanya seperti orang lain.

“Kita tidak pernah ada peluang mengembara berdua dan buat benda macam anak dan bapa orang lain.

“Abil nak peluk papa, pegang tangan, dating berdua,” katanya.

Bagaimanapun, ucapan Nabila itu seolah-olah menerima sindiran daripada Norhaniza atau Norish yang membuat kenyataan: “Walaupun dia Rockers, dia tak sambut Hari Ibu dan Hari Bapa. Dia cakap itu bukan untuk orang Islam dan keluarga dia tidak pernah ajar dari kecil walaupun kejutan parti hari jadi,” katanya menerusi akaun Instagram, @qasander.

Rentetan itu, Nabila memuat naik kenyataan yang menempelak Norhaniza dengan berkata ‘kisah’ itu adalah ‘drama’ yang dikatakan berulang-ulang.

“Sebab itu aku cakap dia ini punca. Dia ada je (saja). Patutnya kau tak payah lah nak ‘post’ benda-benda gini (sebegini).

“Jangan risaulah, aku tak akan rampas pun your truly rock star itu. Darah dia ada dalam badan aku, sampai akhirat pun masih ada lagi.

“Aduh, begini lah drama dalam hidup saya kawan-kawan,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat telah diturunkan oleh Instagram @qasander. - UTUSAN ONLINE