hadrami-2
Tuanku Syed Faizuddin turut merasmikan pameran kebudayaan Yemen yang diadakan sempena persembahan muzik Hadrami.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Duta Besar Negara Yaman ke Malaysia, Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid beserta para pegawai kanan pejabat perwakilan beliau.

Berangkat sama, anakanda sulung Tuanku Raja Muda Perlis, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik beserta lebih 20 orang duta besar dan juga ketua perwakilan negara asing.

Program ini adalah anjuran pihak Kedutaan Besar Yemen di Kuala Lumpur dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, ditaja oleh The Local Authority of Hadramout Governorate.

Persembahan hebat yang membariskan 90 orang pemuzik orkestra dan juga tradisional ini dipimpin oleh maestro, Mohamed Al Ghoom.

Persembahan selama satu jam itu merupakan gabungan muzik tradisional Yemen digabung dengan alat muzik moden sehingga membangkitkan rasa segar dan unik.

Mohamed Al Ghoom bijak menggabungkan muzik tradisional dengan jazz, pop dan regge bagi menghasilkan muzik yang luar biasa.

Lagu-lagu dipersembahkan adalah luahan hati paling dalam rakyat Yemen yang masih belum lepas daripada belenggu konflik sehingga menjejaskan negara berkenaan yang pada hakikat sangat indah.

Suasana itu berjaya dipersembahkan kepada para tetamu melalui gabungan muzik, tata lampu dan visual berlatar tanah air berkenaan. - UTUSAN ONLINE

hadrami-3
Makanan dari Hadramaut yang turut terkenal di negara ini turut disajikan kepada pengunjung.