JOM CHAT
NEESA

Ketiga-tiga artis ini akan tampil secara langsung pada pukul 9 malam ini selama satu jam untuk berkongsi perjalanan karier seni masing-masing yang mana segmen #jomchat2018 juga merupakan satu platform bagi pengkarya seni tanah air menguar-uarkan hasil kerja mereka.

Walaupun nama Miera Yusof, Neesa dan Faizal selaku komposer baharu agak asing dalam kalangan peminat dan penggemar hiburan tanah air namun hasil kerja setiap artis yang tampil dalam segmen live Jom Chat pada malam ini, memerlukan sokongan daripada semua pihak.

Faizal yang mencipta lagu untuk Miera Yusof, berjudul Ku Idam Cinta, berkata, Miera sebenarnya mempunyai beberapa single hasil ciptaan komposer seperti Azmeer.

Manakala Neesa atau nama sebenarnya, Haneesa Abdullah, merupakan seorang jurutatarias yang kali pertama muncul di YouTube sekadar suka-suka untuk memperlihatkan bakat nyanyiannya.

Tidak sangka pula, bakat nyanyian Neesa yang juga boleh bermain alat muzik seperti gitar dan alat tiupan termasuk trumpet, dikembangkan untuk menjadi artis arus perdana.

Ikuti #jomchat2018 pukul 9 hingga 10 malam ini. - UTUSAN ONLINE