Mia dalam perkongsiannya itu turut memohon maaf secara terbuka kepada semua produksi kerana menolak tawaran penggambaran, penampilan majlis dan temu ramah atas dasar kesihatan kandungannya.

Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi , 30 yang juga isteri kepada pemain boleh sepak, penjaga gol bola sepak pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, 26 berkata, dia agak gugup untuk mengumumkan kehamilannya lantaran episode keguguran yang pernah dialami beberapa bulan lepas.

“Saya menjadi lebih kuat dan memberanikan diri untuk membuat pengumuman ini. Saya ingin memohon maaf kepada semua produksi kerana terpaksa menolak tawaran lakonan, penggambaran, penampilan majlis, temuramah dan sebagainya untuk menjaga kesihatan.

"Saya juga mohon maaf kepada pihak media kerana tidak membalas sebarang panggilan telefon dan pesanan  WhatApp yang dihantar.

"Saya berharap agar semua pihak memahami keadaan saya. Saya harap perjalanan kehamilan ini akan berada di dalam doa anda dan semoga Allah memberkati kita semua. Amin," katanya.

Entri yang dimuat naik itu mendapat lebih 53,000 ‘likes' dan 3,000 komen peminat yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan agar pelakon Hati Seorang Perempuan itu berada dalam keadaan sihat. -UTUSAN ONLINE