Peserta terpilih ialah Elvira, Wan Azran, Bob (Misha), Kamarul, Irwan, Izwan (Tam), Sairi, Alina, Zanie (Sarah) Aznie, Lokman dan Fakhiz (Zarul).

Bagaimanapun, daripada tiga peserta tersebut, hanya dua orang yang bakal bergelar protege untuk setiap mentor.

Barisan protege akan dipilih dalam konsert minggu pertama pada 18 Mac ini. Program yang dikendalikan oleh Haziq (Hot FM) dan Elly Mazlein tersebut akan mula bersiaran secara langsung di TV3 pada setiap Ahad pukul 9 malam.

Persembahan kesemua protege akan diadili oleh juri tetap iaitu Edry Abdul Halim dan Mark Adam.

Juara Mentor Otai akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, RM50,000 (tempat kedua) manakala RM20,000 bagi tempat ketiga. - UTUSAN ONLINE.