Berkata kepada Utusan Online, Khai tidak mahu peminat membuat sebarang spekulasi liar mengenai hubungannya dengan Wany yang dianggapnya sebagai rakan baik sahaja.

“Melawat atau tidak, biarlah menjadi rahsia antara kami dan tanda tanya buat peminat.

“Pada masa yang sama, saya tidak kisah peminat bergosip tentang kami berdua asalkan mereka gembira.

“Baru-baru ini, mereka juga pernah gosipkan saya dengan Ara Johari. Saya tidak kisah,” jawabnya ringkas. - UTUSAN ONLINE