Walaupun Meeyo dan Joe tidak sebumbung dengan Izzmad mahupun di bawah satu pengurusan namun persamaan yang ada kepada ketiga-tiga anak muda ini ialah semangat kental untuk tidak mati langkah dalam bidang seni yang menjadi pilihan mereka.

Pada pukul 9 malam ini, segmen bual santai yang bersiaraya secara langsung media sosial Facebook Utusan Online, Jom Chat telah mengundang Meeyo, Joe dan Izzmad sebagai artis jemputan.

Berdurasi selama satu jam sahaja, menerusi segmen #jomchat2018 malam ini, ketiga-tiga artis jemputan akan ditanya tentang kesukaran mereka dalam mengharungi arus seni tanah air.

Walaupun mempunyai single tetapi tanpa putaran di corong-corong radio atau pun menjadi lagu runut bunyi drama yang disiarkan di stesyen televisyen, para peminat dan penggemar muzik tanah air pasti tidak tahu apakah lagu Meeyo Joe ataupun Izzmad.

Layari Facebook Utusan Online dan like page untuk menonton Jom Chat secara langsung malam ini. - UTUSAN ONLINE