YANA YUNUS
YANA YUNUS 

Disebabkan kekangan masa, malam ini, Jom Chat mengundang empat orang artis iaitu Manbai, Rahim Maarof, Yana Yusus dan Irene Catalina kerana masing-masing perlu mengejar masa dan ada dalam kalangan mereka telah menunggu sekian lama untuk muncul sebagai artis jemputan Jom Chat.

Seperti Manbai dan Rahim Maarof, pada minggu lepas, mereka telah mengadakan satu majlis sidang akhbar untuk menghebahkan persembahan yang bakal mereka adakan pada bulan hadapan.

Bagi Yana Yunus pula, sebagai penyanyi yang namanya agak tenggelam timbul, beliau mahu menjadikan tahun ini sebagai tahun kebangkitannya untuk mengetuk lantai industri hiburan Malaysia.

Lakaran perjalanan seni Irene Catalina agak sama dengan Yana dan sebagai bekas anggota kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Angels, pemilik nama sebenar, Sri Zan Safar ini tidak mahu 2019 menjadi tahun yang mematikan terus langkahnya dalam bidang seni.

Tonton Jom Chat 9 malam ini dengan cara daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like dan pastikan anda mendapat notifikasi apabila #jomchat2019 yang dihoskan oleh Apak, dapat ditonton secara eksklusif. - UTUSAN ONLINE