Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap penyanyi lagu Niskala itu selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah mendera anak tirinya, Puteri Nurul Huda, 10, pada hari pertama perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung semalam.

“Tadi, selepas hukuman dijatuhkan, Azri terus dibawa polis masuk ke dalam (lokap). Tak sempat kami sekeluarga untuk bertemu dengannya.

“Anak-anak mula menangis bertanyakan di mana bapa mereka. Apatah lagi keluarga mentua termasuk ibu dan bapa Azri yang tidak henti-henti menangisi nasib yang menimpa anak mereka.

“Sebagai ibu, saya kena kuat hadapi semua ini demi anak-anak. Hanya Allah yang tahu perasaan saya,” kata Salma kepada Utusan Online.

Menurut Salma, sejak tengah hari tadi anak-anak mereka, Puteri Nurul Huda dan Andi Raisya, 3, bertanyakan kepadanya tentang ayah mereka.

“Sambil menangis, berulang kali mereka tanya, mama, mana papa? Saya tidak menjawab, hanya mampu mengalirkan air mata sahaja memandang wajah kedua-duanya,” jelas Salma atau nama penuhnya Salma Andi-Asis.

Selain hukuman penjara, Azri turut didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor atas kesalahan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu.

Salma dan Azri berkahwin pada 31 Januari 2015 dan dikurniakan Andi Raisya manakala Puteri Nurul Huda merupakan anak Salma dengan perkahwinan terdahulu. – UTUSAN ONLINE