Malah bagi Liza, kebangkitan penyanyi-penyanyi seangkatannya yang turut mengeluarkan single juga dianggap satu persaingan sihat.

“Baguslah macam itu. Ramai penyanyi seangkatan saya mengeluarkan single baharu. Saya lihat itu sebagai pengubat rindu peminat-peminat kami yang ternanti-nanti karya baharu daripada kami.

“Bersaing dengan pendatang baharu juga merupakan satu persaingan sihat. Kita perlu tampil relevan dan segar untuk terus kekal dalam industri seni,” katanya.

Bakal mengeluarkan single baharu tidak lama lagi, Liza mengakui, sedikit tertekan untuk mencari lagu yang sesuai.

“Ada juga peminat yang suruh gubah kembali lagu-lagu saya sebelum ini. Semua itu masih dalam perbincangan.

“Saya juga sedang meneliti beberapa lagu untuk dijadikan single baharu selepas Mimpi yang dilancarkan awal tahun ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE