Persembahan bertenaga daripada kumpulan XPDC membuatkan rata-rata peminat tidak melepaskan peluang untuk menyanyi bersama-sama.

Sementara lontaran suara vokalis Cromok, Sam yang masih berbisa dan memukau mendapat pujian peminatnya.

Kumpulan XPDC yang tampil dengan Mael, Zua, Amy dan Jeff mempersembahkan lagu-lagu metal mereka antaranya Bahalol, Penyakit Gatal, Jangan Tak Mandi, Nafisa, Raja Kertas, Senapang Patah, John Jenin, Hamba Abdi, Selendang Merdeka dan Kita Peng Yu.

Cromok yang dibarisi Karl, Sam, Miji dan dibantu oleh Shah pula muncul dengan barisan lagu popular mereka seperti Misty, The Other, Memories, Seedling, Another You, Little One, I Don’t Belong Here, Forever In Time dan Stranger.

Bagi segmen yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan gandingan, Cromok dan XPDC bergabung memainkan gitar solo dengan lagu Bahalol terus menghangatkan suasana konsert yang berlangsung selama empat jam itu. – UTUSAN ONLINE