Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Konsert Mr. Big di Malaysia

Mr Big
Mr. Big

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kumpulan rock unggul Amerika Syarikat, Mr. Big akan menghibur peminat mereka di Malaysia pada 14 Oktober depan.


Mr. Big yang dianggotai oleh Eric Martin selaku vokalis, Billy Sheehan (bes), Paul Gilbert (gitar) dan Pat Torpey (dram) akan mengadakan persembahan di Mega Star Arena di sini.


Konsert Mr.Big Live in Malaysia 2017 yang akan bermula pada pukul 8 malam itu adalah anjuran Plan 7 Production sebagai tanda menyokong album baharu mereka yang berjudul Defying Gravity yang dirakam sepenuhnya dalam tempoh enam hari.


Selain mendendangkan lagu-lagu daripada album terkini, Mr. Big pasti menyerikan persembahan konsert dengan lagu-lagu klasik mereka yang tidak pernah jemu didengar itu.


Kumpulan yang diasaskan pada 1988 dan popular dengan lagu To Be With You itu masih lagi popular hingga ke hari ini biarpun banyak kumpulan muzik lain tampil di persada seni.


Mr. Big yang pernah dibubarkan pada 2002 dan ditubuhkan semula pada 2009 atas permintaan ramai dan sejak itu hingga kini kumpulan tersebut telah menghasilkan sembilan buah album rakaman studio.


Antara lagu popular Mr. Big termasuklah Alive And Kicking dan Just Take My Heart.


Bagi yang ingin menonton persembahan mereka bolehlah membeli tiket-tiket yang berharga RM568 (VVIP), RM468 (VIP), RM328 (PS1) dan RM188 (PS2).


Tiket-tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811. Sementara itu, tiket-tiket VVIP hanya boleh didapati secara eksklusif melalui pihak penganjur Plan 7 Production dengan menghubungi +6012 974 1011 atau melayari www.facebook.com/Plan7Production.-UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan