Video berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan wajah bayi yang dilahirkan pada 12 April.

Dalam kapsyennya, Khloe mengucapkan selamat menyambut hari ibu kepada semua peminat yang rata-rata bergembira dan mengucapkan tahniah serta meninggalkan komen positif.

Sementara itu, Khloe juga berdepan dengan kritikan peminat terhadap tindakannya yang masih menerima teman lelakinya, Tristan Thompson biarpun pemain bola keranjang itu didakwa curang.

Rata-rata peminat meminta agar Khloe meninggalkan lelaki tersebut dan menjalani kehidupan bersama puterinya.

Sehingga kini, kakak kepada bintang realiti paling popular, Kim Kardashian itu tidak memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut. - UTUSAN ONLINE