Presiden Karya, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, persembahan yang bermula pukul 9.30 malam itu bakal menampilkan artis gitaris ternama tanah air Man Kidal dan gandingan ahli seni serta Karya untuk menghiburkan pengunjung.

"Persembahan amal itu adalah inisiatif kami dengan konsep berhibur sambil menderma seikhlas hati untuk membantu seorang ahli Karya iaitu Mat Yusof Mustafa yang diserang angin ahmar menyebabkan sebelah kiri badannya lumpuh untuk meringankan beban menampung kos rawatan dan perubatan. 

"Ini juga salah satu cara Karya memupuk semangat setiakawan dan kerjasama untuk saling memberi sokongan serta tolong menolong antara penggiat seni yang memerlukan bantuan dan berharap ia berjaya dan diberkati Allah SWT," katanya di sini hari ini.

Syed Mohammad Faiz berkata, program selama dua jam itu bakal menggamit nostalgia apabila tujuh lagu popular dari kumpulan Lefthanded akan disampaikan seperti Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi, Ku Di Halaman Rindu, Tiada Lagi Kidungmu, Pada Syurga Di Wajahmu, Kenangan Bersamamu, Debunga Wangi dan Seruan. - UTUSAN ONLINE