Walaupun pada asalnya kumpulan Nominos diundang untuk membuka tirai segmen bual santai secara interaktif dan persembahan secara ekslusif pada malam ini namun disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan maka The Alif menggantikan Nominos malam ini.

Berasal dari Ampang, Selangor, The Alif terdiri daripada Aliff Hassan (vokalis dan pemain gitar), Meor Ian (juga vokalis dan pemain gitar), Khubaib (bass) dan Arm Mazlan (dram).

The Alif ditubuhkan pada tahun 2010 cenderung kepada muzik berentak pop British, new wave dan rock & roll.

Platform Jom Chat yang masuk tahun kelapan, merupakan salah satu medium publisiti untuk artis tempatan dan luar negara.

Bersiaraya secara langsung pada setiap hari Rabu selama satu jam, #jomchat2018 boleh ditonton di laman portal Utusan Online dan di media sosial Facebook Utusan Online.

Seperti biasa, #jomchat2018 dihoskan oleh Apak. - UTUSAN ONLINE