Sebagai sebuah artis berkumpulan yang memulakan langkah pertama dalam industri menerusi single pertama berjudul Sudah Ku Tahu pada tahun 2016, Projector Band terus mengorak langkah untuk bertahan lama di persada seni tanah air.

Kekal berlima dalam kumpulan iaitu Razif atau mesra dengan panggilan Angah, Eddy, Mat, Apit dan vokalis, Iskandar, kehebatan Projector Band kerana Iskandar memiliki vokal yang mantap yang mana dia memulakan nyanyian dari nota rendah sehingga ke nota tinggi.

Untuk rekod, tahun lepas, mereka melahirkan single berjudul Setia Menantimu dan mengadakan sebuah persembahan yang dianggap sebagai sebuah konsert di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Sementara itu, nama Rendy Faliq agak asing dalam kalangan peminat dan penggemar muzik Malaysia.

Akan tetapi lagu dendangnya yang berjudul Kata Hatiku, amat popular dan berjaya mencuri halwa telinga peminat.

Kini kata Rendy yang turut melahir single berjudul Berpulang, sudah tiba masanya beliau memunculkan dirinya di hadapan khayalak peminat sekali lagi.

Ini penting kata Rendy Faliq kerana langkahnya sebagai penyanyi harus disedari oleh peminat.

Jangan lupa tonton Jom Chat secara live di Facebook Utusan Online dan aplikasi Daily Motion 9 malam ini yang dihoskan oleh Apak. - UTUSAN ONLINE