Buat julung kalinya, Tomok tampil sebagai artis undangan Jom Chat yang dihoskan oleh wartawan Utusan Onnline, Apak.

Tomok yang memulakan langkah sebagai artis tanah air sebagai vokalis bersama kumpulan New Boyz ketika berusia 15 tahun bersama-sama Syuk, Zack, Lan dan Along, telah melepasi era remaja mereka.

Tomok hari ini bergerak sebagai penyanyi solo tetapi tidak pernah berpecah daripada New Boyz.

Pada tahun 1999, lagu berjudul Sejarah Mungkin Berulang antara lagu hits kumpulan New Boyz yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat sebaya mereka.

New Boyz pada ketika itu bernaung di bawah label SRC atau Suria Recods muncul sebagai artis berkumpulan yang menjadi kegilaan remaja, khususnya peminat perempuan.

#jomchat2018 dapat ditonton di portal berita Utusan Online dan media sosial Facebook Utusan Online pada pukul 9 malam ini. - UTUSAN ONLINE