Thalia atau nama sebenarnya, Ketty Natalia Rasul Khan mempunyai sejarah yang hiba untuk diperkatakan ketika mula-mula beliau melangkahkan kaki untuk mencuba nasib sebagai penyanyi.

Langkah pertama Thalia untuk menjadi penyanyi ialah ketika beliau menyertai program realiti televisyen, Mentor musim keempat pada tahun 2010.

Ketika itu, beliau telah dipilih untuk dijadikan protege oleh penyanyi lagu berjudul Madah Berhelah tetapi digugurkannya Thalia atas alasan yang amat subjektif.

Kekecewaan Thalia pada ketika itu hanya dia sahaja yang tahu tetapi atas semangat ingin meneruskan bidang seni, hari ini, Thalia melahirkan single berjudul Diratah Hiba.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang Thalia Rasul, jangan lupa tonton Jom Chat malam ini dengan daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like page.

Kita kenali siapa Thalia dan siapakah komposer Diratah Hiba. - UTUSAN ONLINE