#jomchat2019
AJ AZRIL

Pernah mendapat tunjuk ajar daripada Tam Spider ketika menyertai program realiti televisyen, Mentor Otai, AJ Azril yang pernah menjuarai pertandingan Battle Of The Band sedekad yang lalu, tampil dengan single berjudul Tetap Bertahan.

Lagu ciptaan bersama Yazz Abdullah, Azizul Umar dan Johan John, lirik Tetap Bertahan dihasilkan semula dengan kolaborasi penulis lirik yang tidak asing lagi, Shah Shamsiri bersama Ayu Syuhara.

"Bersyukur kerana Utusan Online menyediakan platform seperti Jom Chat untuk membantu artis-artis atau penyanyi-penyanyi yang mempunyai single walaupun nama AJ Azril bukanlah satu nama yang duduk sebaris dengan penyanyi-penyanyi muda.

"Seboleh-bolehnya, single pertama saya ini biarlah diterima oleh halwa telinga penggemar muzik tanpa mengira usia," katanya.

Walaupun AJ Azril pernah bersama-sama dengan kumpulan Qiara sebagai vokalis kedua dalam kumpulan, namun beliau mahu berjalan atas kaki sendiri sebagai penyanyi solo.

Untuk mengenali lebih dekat lagi pelantun lagu berjudul Tetap Bertahan, jangan lupa tonton secara live #jomchat2019 pukul 9 malam ini di Facebook Utusan Online dan hanya komen yang membina sahaja, akan dibacakan oleh hos Jom Chat, Apak.

Sebagai rekod, Jom Chat ialah sebuah segmen bual santai yang ke udara secara live pada setiap hari Rabu, setiap minggu, berdurasi selama satu jam dan merupakan content dalam Utusan Online yang menjurus kepada industri hiburan sama ada artis atau selebriti dalam negara mahu pun luar negara. - UTUSAN ONLINE